Bengkel MOBILE APP
FAQ
FAQ 1 :
- Q: Boleh hadir bengkel ini dengan hanya menggunakan smartphone sahaja?
- A: Proses nak buat game adalah berat dan tidak mampu dilakukan melalui smartphone. Perlu gunakan PC/laptop untuk Games Development.
FAQ 2:
- Q : Saya tiada pengalaman buat games dan bukan orang IT. Adakah saya sesuai untuk sertai bengkel ini?
- A : Bengkel games ini adalah TANPA CODING. Ianya MUDAH dan boleh dipelajari serta DIKUASAI pada mereka yang tiada pengalaman & bukan orang IT, asalkan anda ada minat yang mendalam dalam Games Development.
FAQ 3:
- Q : Adakah saya boleh bina games selain dari Games Adventure & Game Quiz yang diajar semasa kelas?
- A : Ya, memang boleh. Ada pelbagai lagi template games yang ada untuk anda cuba dan bina games yang lebih banyak & pelbagai.
FAQ 4:
- Q : Apakah persediaan yang diperlukan sebelum bengkel bermula?
- A : Ada tugasan yang perlu diselesaikan sebelum kelas bermula seperti memuat turun software games & asset game. Info ini akan diberikan melalui Group Whataspp Khas untuk peserta yang dah mendaftar sahaja.
FAQ 5:
- Q : Adakah software yang akan digunakan nanti adalah software yang berbayar?
- A : Software game ini ada versi yang PERCUMA & BERBAYAR seperti kebanyakkan software game di pasaran. Versi PERCUMA yang akan digunakan semasa bengkel sudah memadai untuk bina games yang pelbagai jenis & nampak professional.
FAQ 6:
- Q : Waktu bila perlu melanggan software versi BERBAYAR?
- A : HANYA jika anda serius untuk Monetize/Jana Income dari games seperti In-App Purchase, Ads & Remove Ads. Selain dari ini, anda boleh buat sebanyak mana games yang diinginkan melalui Software Games Versi PERCUMA.
FAQ 7:
- Q : Ada bayaran lain yang perlu saya tahu selain yuran pendaftaran?
- A : Tiada bayaran lain untuk pembinaan games, MELAINKAN anda bercadangan memasarkan games yang telah dibina di Playstore (USD25 seumur hidup) dan Appstore (USD99 setahun) yang dibayar terus ke Google & Apple.
FAQ 8:
- Q : Dalam sesi bengkel nanti, adakah akan dikongsikan cara publish game ke Playstore & Appstore?
- A : Sesi bengkel nanti tidak cukup masa untuk kami kongsikan, cuma video step-by-step untuk publish ke Playstore & Appstore telah kami sediakan dan akan diberikan pada mereka yang dah bersedia untuk pasarkan games.
FAQ 9:
- Q : Adakah group support selepas tamat bengkel nanti?
- A : Ya, kami ada Group Whastapp Support & Group FB Private RAXBIT Game Circle untuk kami bantu & kongsikan perkembangan terkini berkaitan Mobile Games Development. Malah, video recording bengkel juga diberi untuk mudahkan anak-anak buat ulangkaji & rujukan.