5 Kelebihan Mobile App Berbanding Website

Bilangan pengguna smartphone ketika ini adalah lebih besar berbanding dengan bilangan mereka yang menggunakan PC/desktop. Pemilik Bisnes perlu sedar akan keperluan untuk menarik pelanggan melalui strategi Mobile untuk pemasaran yang lebih berkesan.
Tidak dinafikan Website pun dah ada versi yang sudah “mesra” kepada pengguna smartphone untuk diakses lebih mudah. Namun bagaimanakah Mobile App Bisnes boleh beri tambah nilai baru pada bisnes?
Kajian ada menunjukkan bahawa pengguna lebih suka Mobile App berbanding Website. Ini menjadi alasan kukuh untuk kita mencipta Mobile App bagi menjalin hubungan dengan pelanggan.
Pelbagai sebab menjadikan Mobile App lebih baik berbanding Website. Mari kita lihat 5 kelebihan Mobile App yang boleh ditawarkan berbanding Website.
No.1 – Lebih Mudah Menghantar Notification.
= = = =
Perniagaan suatu tika dahulu akan menggunakan e-mel secara meluas untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Namun kebiasaannya, e-mel mendapat rate untuk klik dan pembukaan yang rendah.
Terkini kita dah boleh gunakan Notification melalui Mobile App Bisnes yang terbahagi kepada dua jenis: dorongan (Push) dan dalam app (In-app).
Misalnya, Shopee menggunakan Push notification untuk menghantar mesej berkaitan baucer penghantaran percuma, promosi, dan diskaun.
Manakala, in-app notification kita dapat lihat di app Viu, iaitu tawaran langgan app secara premium.
Kedua-duanya merupakan alternatif menarik untuk berkomunikasi dengan pengguna aplikasi dengan cara yang kurang mengganggu.
Walaupun Website sudah ada fungsi Notifikasi juga, namun pengalaman Notifikasi dari Mobile App lebih baik pengalamannya berbanding di Website.
No.2 – Dapat Manfaatkan Ciri Smartphone
= = = =
Mobile App mempunyai kelebihan menggunakan ciri-ciri peranti mudah alih seperti kamera, GPS, panggilan telefon, kompas, dan lain-lain.
Ciri-ciri peranti tesebut boleh mengurangkan usaha/pergerakan yang perlu dilakukan pengguna. Sebagai contoh, pengguna yang mengisi borang pada aplikasi perbankan mungkin perlu mengemukakan gambar mereka untuk melengkapkan proses tersebut.
Aplikasi membolehkan pengguna menggunakan kamera telefon mereka untuk menangkap dan mengemukakan gambar. Ciri-ciri yang berkaitan secara signifikan memendekkan masa yang diambil untuk melaksanakan tugas tertentu dalam aplikasi.
No.3: Keupayaan Berfungsi Secara Offline
= = = =
Website mungkin memerlukan sambungan internet untuk melakukan kebanyakan tugas, tetapi Mobile App boleh menawarkan kandungan dan fungsi asas kepada pengguna dalam secara Offline jika ada masalah untuk dapatkan Data Internet.
Contoh yang mudah adalah aplikasi perbankan, di mana aplikasi boleh menyediakan ciri-ciri seperti pengiraan cukai, pengiraan ansuran, dan penentuan had pinjaman. Ciri-ciri ini boleh berfungsi walaupun tanpa bantuan sambungan internet.
Walaubagaimana pun, ada sesetengah kes yang Mobile App juga perlu kepada Internet seperti untuk pembelian atau perlukan akses data dari server. Fungsi tertentu masih memerlukan pada Internet kerana ‘nature’ fungsi tersebut memerlukan data luar.
No.4 – Pengalaman UI/UX Lebih Menarik
= = = =
Dengan semua kemajuan teknologi dalam reka bentuk web, website masih perlu bergantung kepada browsers untuk melaksanakan fungsi yang paling asas seperti ‘back button,’ ‘refresh button,’ dan ‘address bar’ untuk berfungsi.
Manakala, Mobile App pula tidak mempunyai sebarang sekatan tersebut, kerana ia direka dengan beberapa fungsi yang terperinci berdasarkan gerakan canggih seperti ‘tap,’ ‘swipe,’ ‘drag,’ ‘pinch,’ ‘hold,’ dan lain-lain.
No.5 – Lebih Laju Dari Website
= = = =
Mobile App yang direka dengan baik dapat berfungsi dengan lebih cepat daripada Website. Ini kerana, kita sudah memuat turun mobile app ke peranti kita dan tidak perlu memuatkan semua dari server.
Bukan itu sahaja, data kita juga biasanya akan disimpan dalam telefon, berbeza dengan websites yang umumnya menggunakan Web Server. Oleh itu, pengambilan data berlaku dengan cepat dalam Mobile App.
Sebagai contoh, WhatsApp yang telah dimuat turun dalam telefon boleh menghantar dan menerima mesej dengan cepat tanpa perlu menunggu website untuk muat turun.
…..
Setelah kita tahu akan 5 kelebihan Mobile App, adakah kita perlu pilih Mobile Apps atau Website?
Paling tepat jawapannya adalah kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
Jika berpeluang, usahakan untuk memiliki kedua-dua Mobile App & Website untuk kita pastikan dapat kuasai Medium Digital semaksima mungkin.



WhatsApp Us
0 Comments