Nak Buat Mobile App Senaraikan Kedai Makan Yang Best?
Nak Buat Mobile App Senaraikan Kedai Makan Yang Best?
Pernah terfikir nak buat satu platform yang kumpulkan tempat makan menarik dalam satu kawasan? Daripada kedai sarapan, restoran, kafe sampailah port makan yang orang selalu recommend, semuanya boleh dihimpunkan dalam satu Mobile App.
Konsepnya mudah. Daripada pengguna kena cari cadangan dekat Facebook, Threads atau scroll social media satu-satu, kita sediakan satu tempat khas untuk mereka explore pilihan tempat makan yang ada.
Kalau kita ada idea macam ni, Mobile App development boleh digunakan untuk jadikan idea tersebut satu platform yang lebih tersusun. Pengguna senang mencari, manakala kedai makan pula lebih mudah ditemui.
1. Senaraikan Tempat Makan Mengikut Kawasan

Kalau nak buat app direktori makanan, kawasan boleh menjadi salah satu cara paling mudah untuk susun setiap tempat makan.
Contohnya, pengguna pilih Alor Setar, kemudian terus nampak senarai kedai makan, restoran atau kafe yang ada di sekitar kawasan tersebut.
Tak perlu lagi buka banyak posting atau Threads semata-mata nak cari “tempat makan best area Alor Setar”. Semuanya boleh dicari dalam satu Mobile App.
2. Susun Mengikut Kategori Makanan

Selain kawasan, kita juga boleh susun tempat makan mengikut kategori supaya pengguna lebih cepat jumpa apa yang mereka nak.
Contohnya, kategori Sarapan, Makanan Melayu, Western, Dessert, Kafe atau Makanan Viral. Kalau pengguna nak cari tempat sarapan, mereka hanya perlu buka kategori tersebut.
Dalam proses app development, susunan kategori seperti ini menjadikan Mobile App lebih teratur. Pengguna boleh terus explore pilihan yang sesuai tanpa perlu scroll secara rawak di social media.
3. Semua Maklumat Tempat Makan Dalam Satu Platform

Bukan sekadar senaraikan nama kedai. Kita juga boleh letakkan maklumat penting supaya pengguna lebih mudah buat pilihan.
Contohnya, setiap kedai boleh mempunyai gambar makanan, lokasi, waktu operasi, jenis menu dan cara untuk menghubungi mereka.
Bila kita develop app dengan konsep seperti ini, pengguna tak perlu lompat dari satu platform ke platform lain. Buka satu Mobile App sahaja, maklumat penting tentang tempat makan dah tersedia dalam satu tempat.
4. Bantu Lebih Banyak Tempat Makan Ditemui

Dalam satu kawasan mungkin ada banyak tempat makan menarik, tetapi bukan semuanya mudah ditemui di social media.
Dengan Mobile App direktori, kedai makan boleh disenaraikan mengikut kawasan dan kategori. Contohnya, sebuah kedai sarapan yang kurang dikenali boleh muncul apabila pengguna mencari kategori Sarapan di kawasan tersebut.
Bila semakin banyak tempat makan disenaraikan dan pengguna mula mengenali platform ini, ia juga boleh berkembang menjadi satu brand untuk review dan rekomendasi tempat makan.
Malah, ada juga potensi untuk jana income melalui cara seperti featured listing, ruang promosi atau kolaborasi bersama kedai makan. Jadi, Mobile App ini bukan sahaja membantu pengguna mencari tempat makan, tetapi boleh dikembangkan menjadi satu platform dan peluang bisnes.
= = =
Tak Semestinya Terus Publish Ke Playstore & Appstore
Kalau idea masih di peringkat awal, tak semestinya kita perlu terus bangunkan Mobile App untuk dimuat turun melalui Playstore & Appstore.
Kita juga boleh mulakan dalam bentuk WebApp. Pengguna hanya perlu klik link melalui telefon dan terus cari tempat makan mengikut kawasan atau kategori tanpa perlu install.
Bila platform semakin berkembang, barulah kita boleh pertimbangkan untuk develop app dengan fungsi yang lebih lengkap. Pendekatan DIY app juga boleh digunakan bergantung kepada konsep dan keperluan platform yang kita nak bina.
=====
Kalau kita ada idea nak kumpulkan tempat makan yang best dalam satu platform, idea tersebut sebenarnya boleh berkembang lebih jauh daripada sekadar senarai kedai makan.
Kita boleh mulakan dengan konsep yang simple seperti kawasan, kategori dan maklumat kedai. Kemudian, platform boleh dikembangkan dengan review, promosi, kolaborasi dan peluang jana income apabila semakin ramai pengguna mula menggunakannya.
Tak semestinya terus bina sesuatu yang besar. Mulakan dengan WebApp atau Mobile App mengikut keperluan, kemudian kembangkan melalui Mobile App development apabila idea dan komuniti semakin berkembang.
Ada idea nak buat Mobile App macam ni? Jangan biarkan ia sekadar idea. Mulakan dengan konsep yang simple dan bina satu platform yang orang boleh gunakan setiap kali nak cari port makan seterusnya.
















































WhatsApp Us