Cara Nak Connet Excel & Google Sheet ke Mobile App
Cara Nak Connet Excel & Google Sheet ke Mobile App
Sebelum ni kita dah tengok bagaimana data dalam Excel atau Google Sheet masih boleh digunakan apabila owner bisnes nak buat Mobile App.
Tapi ada data sahaja belum cukup. Langkah seterusnya ialah tentukan data mana yang nak digunakan, bagaimana nak hubungkan data tersebut dan apa yang owner nak buat melalui Mobile App.
Sebab setiap bisnes mempunyai data dan cara kerja yang berbeza. Jadi dalam proses Mobile App development, kita tak terus connect semuanya sekaligus. Kita kena faham dulu keperluan bisnes supaya Mobile App yang dibina betul-betul membantu operasi harian.
1. Tentukan Data Yang Nak Digunakan

Tak semua data dalam Sheet semestinya perlu digunakan dalam Mobile App. Kita pilih berdasarkan fungsi dan keperluan sebenar bisnes.
Contohnya, dalam satu Sheet mungkin ada nama produk, harga, jumlah stok, nama pembekal dan pelbagai rekod lain. Kalau Mobile App hanya untuk staff semak dan update stok, kita fokus pada data yang berkaitan sahaja.
Bila kita develop Mobile App, cara ini dapat elakkan terlalu banyak maklumat dipaparkan sehingga menyukarkan staff untuk menggunakannya.
Sebab itu, sebelum mula proses app development, tentukan dahulu data mana yang betul-betul diperlukan.
2. Hubungkan Sheet Dengan Mobile App

Selepas tahu data yang nak digunakan, barulah kita tentukan bagaimana Sheet dan Mobile App boleh saling berhubung.
Salah satu caranya adalah menggunakan API atau sistem perantara yang membolehkan data dihantar dan diterima antara kedua-duanya.
Contohnya, kalau data disimpan dalam Google Sheet, kita boleh menggunakan Google Apps Script untuk membantu menghubungkan data tersebut dengan Mobile App.
Flow mudahnya, Google Sheet simpan data, Apps Script menjadi penghubung, kemudian Mobile App membaca atau menghantar data melalui sambungan tersebut.
Sebagai contoh, staff update jumlah stok melalui Mobile App. Maklumat tersebut boleh dihantar ke Google Sheet. Bila data dalam Sheet berubah, Mobile App pula boleh mendapatkan data terkini untuk dipaparkan kepada pengguna.
Untuk Excel, konsepnya juga boleh dibuat tetapi kaedah sambungan bergantung pada bagaimana fail dan data tersebut disimpan. Sebab itu dalam proses Mobile App development, kita perlu tengok dahulu sistem yang owner sedang gunakan sebelum tentukan cara sambungan yang sesuai.
3. Bina Fungsi Ikut Keperluan Bisnes

Bila data dah boleh dihubungkan, barulah kita tentukan fungsi apa yang owner atau staff perlukan dalam Mobile App.
Contohnya, owner nak staff boleh semak stok, update kuantiti dan cari produk menggunakan telefon. Jadi, fungsi Mobile App dibina berdasarkan flow kerja tersebut.
Bisnes lain mungkin menggunakan Sheet juga, tetapi fungsi yang diperlukan berbeza. Ada yang nak urus inventori, semak tempahan atau sekadar melihat data tertentu dengan lebih mudah.
Sebab itu dalam Mobile App development, kita bukan sekadar connect data. Matlamatnya adalah untuk jadikan data tersebut lebih mudah digunakan mengikut keperluan bisnes.
=====
Daripada Sheet ke Mobile App bukan sekadar pindahkan data. Kita perlu tahu data apa yang nak digunakan, bagaimana nak connect dan fungsi apa yang owner perlukan.
Bila tiga perkara ini dah jelas, lebih mudah untuk tentukan cara terbaik untuk buat Mobile App, sama ada menggunakan DIY app atau memerlukan pembangunan yang lebih custom.
Kalau bisnes kita dah lama menggunakan Excel atau Google Sheet, data tersebut sebenarnya boleh menjadi asas untuk kita develop Mobile App yang lebih praktikal untuk operasi harian.
Tak semestinya terus ubah keseluruhan sistem. Mulakan dengan data dan fungsi yang paling diperlukan dahulu, kemudian kembangkan Mobile App mengikut keperluan bisnes sehingga bersedia untuk digunakan atau diterbitkan ke Playstore & Appstore.











































WhatsApp Us