3 Cara Asas Buat Duit Dari Mobile App

Zaman sekarang, Mobile App bukan sekadar untuk tempah makanan atau tengok drama sahaja. Sebenarnya, Mobile App dah jadi platform baru untuk jana pendapatan, kalau kita tahu caranya.
Ramai pemilik bisnes, influencer, cikgu online, bahkan gamer, dah mula manfaatkan Mobile App untuk buat duit secara konsisten. Tapi, untuk capai tahap tu, kita kena faham dulu model asas jana income dari Mobile App yang ramai guna secara global, dan boleh di sesuaikan dengan pasaran Malaysia juga.
Jom kita kupas satu per satu. Mana tahu, salah satu cara ni sesuai dengan idea Mobile App kita sekarang?
No.1 – Iklan Dalam Mobile App (In-App Advertising)

Salah satu cara paling mudah dan cepat untuk mula buat duit dari Mobile App adalah melalui iklan. Kita boleh integrasikan platform seperti Google AdMob, Facebook Audience Network, atau Unity Ads, bergantung pada jenis Mobile App yang kita buat.
Setiap kali pengguna buka Mobile App dan nampak iklan, atau klik iklan tu, kita akan dapat bayaran. Walaupun bayaran per klik atau tontonan tu nampak kecil, tapi kalau trafik tinggi dan user aktif setiap hari, jumlah tu boleh jadi lumayan secara bulanan.
Contohnya, apps kuiz, app info pelancongan, atau app bacaan doa harian boleh tarik pengguna yang ramai dan kerap log masuk. Ini semua peluang untuk monetize melalui iklan paparan, video rewarded ads atau interstitial ads.
Cuma kita kena bijak kawal bilangan iklan. Kalau terlalu banyak, pengguna akan rasa terganggu. Bila user experience terganggu, kadar retention jatuh, dan income pun terkesan. Jadi kunci dia: iklan yang relevan, tersusun dan tidak mengganggu aliran penggunaan app.
Strategi ni sesuai kalau kita fokus bina Mobile App yang boleh tarik trafik tinggi secara konsisten, terutamanya dalam niche hiburan, pendidikan ringan, atau informasi harian.
No.2 – Jualan Dalam Mobile App (In-App Purchase)

Pernah guna Mobile App yang tawarkan item khas macam sticker premium, skin khas dalam game, atau tools ekstra untuk sunting gambar? Semua ni adalah contoh in-app purchase. Ini salah satu model yang sangat berkesan dalam jana pendapatan dengan Mobile App, terutamanya kalau kita tahu apa yang pengguna kita nak.
Konsep dia mudah. Kita bagi akses asas secara percuma, dan sediakan pilihan untuk beli ciri tambahan atau content eksklusif. Contohnya, kalau kita ada app resepi, mungkin pengguna boleh beli pakej resepi khas, video eksklusif atau tips dapur daripada chef terkenal.
Dalam dunia game pula, ini sangat biasa. Pengguna beli mata ganjaran, nyawa tambahan atau item khas untuk bantu mereka naik level. Dan ya, di Malaysia pun pengguna dah mula terbuka dengan sistem ni, asalkan nilai yang ditawarkan berbaloi.
Kunci utama adalah: tawarkan sesuatu yang bernilai tinggi, tapi tidak wajib untuk teruskan penggunaan Mobile App tersebut. Kita tak nak pengguna rasa dipaksa, tapi lebih kepada dorongan secara halus (soft-sell) untuk upgrade pengalaman mereka.
Model ni sangat sesuai kalau kita ada Mobile App dalam kategori hiburan, pembelajaran, hobi, atau komuniti, di mana pengguna seronok explore dan nak lebih banyak content eksklusif.
No.3 – Langganan Bulanan (Subscription Model)

Model subscription atau langganan bulanan ni makin popular dalam kalangan pembangun Mobile App Malaysia, sebab dia berikan pendapatan yang lebih stabil dan boleh dijangka.
Konsep dia: pengguna daftar dan bayar bulanan (atau tahunan) untuk terus akses ke content atau fungsi penuh dalam Mobile App. Contoh terbaik, app pembelajaran, app kesihatan, atau app yang tawarkan sistem sokongan berterusan seperti panduan bisnes, motivasi harian, atau kelas online.
Apa yang penting untuk model ni berjaya ialah: kita kena konsisten beri nilai. Pengguna hanya akan sambung langgan kalau mereka rasa app kita beri sesuatu yang bantu hidup atau bisnes mereka.
Satu lagi kelebihan model ni, ia bina komuniti yang setia. Bila pengguna bayar secara tetap, mereka rasa ‘terikat’ dengan jenama kita, dan lebih mudah untuk upsell servis atau produk tambahan. Ini sangat kuat dari sudut brand loyalty.
Contoh niche yang sesuai: app kecergasan, app parenting, app motivasi, content agama, atau app yang bantu usahawan kekalkan fokus & strategi.
Kesimpulan
= = = =
Jadi, adakah buat duit dari mobile app ni satu angan-angan atau realiti?
Jawapannya: realiti, tapi hanya kalau kita rancang dari awal.
✔ Kita ada pelbagai cara nak jana income, sama ada dari iklan, pembelian dalam app atau langganan.
✔ Tapi semua tu perlukan perancangan features, jenis content dan cara kita tarik serta jaga pengguna.
✔ Kalau app kita hanya ‘kosong’ tanpa value, orang pun tak akan kekal, apatah lagi nak bayar.
Nak tahu cara terbaik untuk kita mula jana pendapatan melalui app kita sendiri? Nak kami buatkan pun boleh, nak belajar buat Mobile App & Game sendiri pun boleh.
Atau boleh sahaka jom join live TikTok kami atau DM terus, kita boleh bincang idea app dan pilih model yang paling sesuai.



WhatsApp Us
0 Comments