5 Game Software Terbaik Untuk Membina Video Game
5 Game Software Terbaik Untuk Membina Video Game
Berminat untuk menghasilkan video game tetapi tidak tahu software mana yang ingin dikuasai? Kami boleh bantu anda!
Kali ini kami akan berkongsi Software pembangun video game di mana akan melihat kelebihan bagi setiap 5 perisian game.
Ini adalah 5 aplikasinya tanpa susunan tertentu.
No.1 – Unity
Unity adalah salah satu aplikasi atau platform game development yang paling popular di dunia. Ia membolehkan kita membina permainan 2D dan 3D, sama ada untuk peranti mudah alih, konsol, atau komputer.
Unity juga memiliki kedai aset yang kaya aset, komuniti yang besar, dan sokongan yang kuat dari komuniti Games Developer.
No.2 – Unreal Engine
Unreal Engine banyak digunakan dalam industri AAA video game untuk membuat video game berkualiti tinggi. Unreal Engine menawarkan kawalan yang lebih besar ke atas aspek visual dan grafik video game anda.
Unreal sebenarnya turun membenarkan pengaturcaraan visual, namun Games Developer akan memiliki pilihan yang lebih luas dengan kebolehan untuk mengekod.
No.3 – Construct 3
Aplikasi ini membolehkan pengguna mencipta video game tanpa perlu kod, kerana antara muka pengguna grafiknya yang mudah.
Perisian ini berfungsi sepenuhnya dalam pelayar web dan menawarkan penyelesaian development semua-dalam-satu, bermakna kita boleh menggunakan antara muka pengaturcaraan visualnya untuk mencipta semua elemen permainan.
No.4 Stencyl
Aplikasi yang berfokuskan dalam penghasilan mobile untuk android dan ios, yang memiliki fungsi drag-and-drop untuk kemudahan penggunanya.
Ianya merupakan satu platform yang sesuai untuk mereka yang kurang arif dengan kod dalam video game development. Namun, sistem drag and drop juga boleh digunapakai oleh pengekod mahir untuk menghasilkan video game yang kompleks.
No.5 Buildbox
Satu lagi aplikasi untuk mereka yang tidak mahir kod. Buildbox juga memberikan penggunanya sistem drag-and-drop untuk Buildbox Classic dan development berasaskan template serta Smart Assets™ and Brainboxes™ untuk Buildbox 3.
Antara perisian yang paling mudah & mesra pengguna di menangi oleh Buildbox.
.
.
Pilihan perisian pembinaan game bergantung kepada matlamat dan tahap pengalaman dalam pembuatan permainan.
Barulah nanti kita akan berpeluang merialisasikan idea game yang ingin kita bangunkan.