3 Persediaan Bina Website Yang Mesra Smartphone

“Website yang saya dah buat memang dah mesra smartphone tuan”
Namun bila kami semak, ada bahagian yang sebenarnya Website tadi bukan cukup “mesra” dengan pengguna smartphone.
.
.
Trend apabila Bisnes dah ada Website sekarang, kebiasaannya website kita dah pun “Mobile Ready” ataupun “Responsive Website”.
Teknologi pembinaan website sekarang dah lebih bijak untuk pastikan website yang dibina selari dengan keperluan website zaman sekarang.
2 terma ini, “Mobile Ready” ataupun “Responsive Website” adalah sangat penting zaman sekarang disebabkan majoriti pengguna buat carian melalui smartphone.
Walaubagaimanapun, antara isu yang terlepas pandang dalam “Mobile Ready” ataupun “Responsive Website” ini adalah kita kurang merancang pembinaan website tanpa element tersebut dan menyerahkan sepenuhnya tools setupkan untuk kita.
Sebagai contoh, design banner utama & text yang kita letakkan di paparan utama Website akan nampak cantik di Desktop, namun ianya ada potensi nampak pelik apabila di buka di smartphone.
Ini adalah 3 perkara yang kita perlu rancang & semak dalam memastikan Website yang kita bina lebih mesra kepada pengguna!
1. Penggunaan gambar & text perlu dirancang lebih awal di mana element paparan di smartphone dititik beratkan. Kena sedia maklum, bukan semua design akan selari dengan apa yang kita nak capai.
Bila kita lebih awal merancang, barulah design kita akan terus nampak premium di Desktop & Smartphone. Pengguna buka Website kita di mana-mana peranti pun akan kekal nampak premium.
2. Penyusunan format & template yang digunakan perlu dipilih dengan betul. Ada template yang lebih sesuai untuk Desktop, namun ia nampak pelik apabila paparan di smartphone.
Pilih template yang sesuai atau perlu setup yang lebih advance dalam menyesuaikan penggunaan template untuk kedua-dua paparan Desktop & Smartphone.
3. Sentiasa semak semua page yang kita dah buat melalui smartphone. Dengan buat semakkan begini sahaja akan pastikan Website kita selari dengan semua peranti.
Step No3 ini lebih kritikal jika kita melibatkan e-commerce dalam website kita.
Pengalaman pembelian melalui smartphone adalah sangat kritikal yang berpotensi membuatkan pelanggan putus ada untuk check out & membuat bayaran.
.
.
2 ayat ini memberikan maksud yang sangat berbeza!
No1 = “Website yang responsive”
No2 = “Website yang responsive & mesra smartphone”
Kita WAJIB memilih ayat yang No2 dalam website bisnes kita!
Jika tuan/cikpuan nak kami test Website Bisnes sama ada di betul-betul mesra smartphone, roger kami ya



WhatsApp Us
0 Comments