5 Strategi Untuk Tingkatkan Muat Turun Mobile App

Mobile App yang telah berjaya dibina semestinya akan memberi kepuasan pada diri. Cuma yang agak mengecewakan apabila Mobile App dah siap, namun tiada sesiapa yang memuat turun Moble App tadi.
Jangan risau! Ramai juga “app developers” yang menghadapi masalah yang sama selepas mereka memasarkan Mobile App mereka.
Yang diperlukan hanya sedikit usaha dan pengetahuan yang betul untuk membawa Mobile App tersebut ke perhatian ramai.
Jadi, untuk mempelajari cara terbaik, mari kita lihat dengan lebih terperinci 5 cara terbaik untuk meningkatkan muat turun Mobile App kita!
No. 1: Cipta Ikon Aplikasi yang Menarik
= = = =
Ikon Mobile App adalah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna di Playstore/Appstore. Design ikon yang menarik adalah salah satu faktor penting untuk kejayaan Mobile App kita. Apabila pengguna skrol sahaja Playstore/Appstore, ikon Mobile App kita perlulah menarik perhatian dan mudah dikenali.
Gunakan design yang menjadi rekaan yang jelas untuk brand app kita. Ia sepatutnya memberikan petunjuk sebanyak mungkin kepada pengguna tentang apa yang mereka akan temui selepas muat turun.
Walaupun begitu, kita seharusnya mengekalkan ikon app yang simple dan tidak terlalu kompleks. Design sekali imbas sahaja, kita akan dapat mengenal pasti app tersebut dengan mudah seperti ikon Facebook, Gmail, Instagram, Snapchat dan WhatsApp. Ikon-ikon tersebut sangat jelas dan mudah diingat, dibaca, dan difahami.
No.2: Guna Gambar/Video yang Menarik Perhatian Pengguna
= = = =
Salah satu aspek terpenting penerangan Mobile App kita adalah koleksi gambar, App screenshot, dan video. Halaman Playstore/Appstore kita perlulah menarik untuk menarik perhatian pengguna dan menonjolkan ciri-ciri utama app.
Gambar dan video perlu menunjukkan design, jelaskan ciri, dan beri penekanan kepada ciri penting Mobile App tersebut. Contoh yang paling mudah, adalah lihat halaman app yang paling popular di Playstore/Appstore iaitu TikTok yang memaparkan video dan gambar yang mempunyai penjelasan yang ringkas dan padat, sekali gus menarik perhatian pengguna untuk muat turun app tersebut.
No.3: Bijak dalam Promosi
====
Jika Mobile App kita merupakan muat turun app yang berbayar, gunakan penurunan harga sementara untuk memberi dorongan kepada pengguna untuk muat turun Mobile App tersebut.
Aplikasi seperti Disney+Hotstar, Netflix, dan Viu adalah contoh Monetization dalam industri hiburan digital.
Platform-platform ini menggunakan model berlangganan (subscription-based model) di mana pengguna membayar yuran bulanan atau tahunan untuk mengakses kandungan premium yang disediakan oleh Mobile App tersebut.
Mereka boleh menawarkan diskaun istimewa atau langganan percuma dalam tempoh tertentu untuk memikat lebih banyak pengguna untuk muat turun.
No.4: Menguatkan Kata Kunci
= = = =
Menggunakan kata kunci yang tepat dan relevan sangat bagus untuk meningkatkan kebolehcapaian dalam carian aplikasi. Jika sebaliknya, ia akan memberikan impak negatif terhadap penemuan aplikasi yang buatkan pengguna sukar jumpa aplikasi kita.
Kata kunci merupakan elemen yang sangat membantu pengguna dalam penemuan aplikasi apabila mereka membuat pencarian app tertentu dalam bar carian Playstore/AppStore.
Aplikasi seperti kesihatan mental boleh menggunakan kata kunci “mindfulness”, “stress”, atau “depression” untuk mencapai pengguna yang tepat. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehcapaian dalam carian aplikasi.
No.5: Galakkan Ulasan Pengguna
= = = =
Ulasan daripada pengguna sangat penting dan membantu dalam peningkatan muat turun Mobile App. Jika kita mendapat ulasan positif daripada pengguna Mobile App, kita akan dapat melihat peningkatan muat turun yang positif dan kedudukan ranking Mobile App kita semakin baik.
Aplikasi seperti Spotify mendapat ulasan daripada pengguna sedia ada yang menyatakan Mobile App Spotify berbaloi, bagus dan mereka sangat menyukai app tersebut.
Jadi ia adalah “testimoni” yang memberi tahu pengguna lain bahawa Mobile App kita layak dimuat turun.
..
Secara keseluruhan, untuk mencapai kejayaan dalam muat turun Mobile App, adalah penting untuk menyelaraskan strategi pemasaran, di mana pembangun aplikasi mestilah bijak dalam menyusun dan menggunakan strategi.
…
Dengan adanya kelima-lima strategi ini, secara tidak langsung dapat membantu sedikit sebanyak dalam peningkatan muat turun aplikasi dan kedudukan di dalam Playstore/Appstore.
0 Comments