5 Tahap Dalam Bangunkan Mobile App - RAXBIT

5 Tahap Dalam Bangunkan Mobile App

by | Feb 24, 2025 | Business, Mobile App | 0 comments

Dalam mana-mana proses pembangunan Mobile app, kita perlu jelas & faham dalam semua fasa yang terlibat dalam proses membangunkan Mobile App tersebut.
 
Proses pembangunan Mobile App boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang akan membantu sesiapa sahaja untuk menghasilkan Mobile App dengan lebih mudah, kurang komplikasi untuk mengelakkan kelewatan dalam menyelesaikan projek Mobile App kita.
 
Jom kita semak 5 tahap dalam pembangunan Mobile App:-
 
No.1 – Perancangan dan Analisa
= = = =
Ini adalah proses di mana kita menetapkan fungsi yang akan dilakukan Mobile App kita, siapa sasaran pengguna yang akan menggunakannya, dan apa masalah apa yang kita cuba selesaikan.
 
Sebagai contoh, kita nak bangunkan Mobile App ‘fitness tracking’. Dalam peringkat ini, kita perlu menetapkan ciri-ciri yang diperlukan seperti penjejakan langkah, pengiraan kalori, dan latihan.
 
Kita juga mengenal pasti sasaran pengguna kita, mungkin pengemar kecergasan yang mahu cara mudah untuk memantau kemajuan mereka.
 
Apa yang paling penting juga dalam analisa ini adalah untuk melihat apakah Mobile App yang ada dipasaran & apakah solusi yang lebih baik yang boleh ditawarkan. Elakkan hasilkan Mobile App yang sama fungsi seperti yang dah ada dipasaran.
 
No.2 – Rekabentuk UI/UX
= = = =
Rekabentuk UI/UX ini sangat berkait dengan bagaimana pengalaman yang kita nak wujudkan kepada pengguna yang dah muat turun Mobile App kita.
 
Ini adalah proses untuk memastikan pengguna dapat menggunakannya dengan dengan mudah dan menyelesaikan isu yang dihadapi terus melalui Mobile App tadi.
 
Proses ini akan memerlukan kita bangunkan Mock-up untuk lebih jelas perjalanan pengguna apabila menggunakan Mobile App tadi.
 
Kita juga perlu menetapkan warna, tulisan, dan di mana butang dan menu akan diletakkan. Kita mahu Mobile App tersebut akan memberi pengalaman yang mudah difahami, supaya nereka terus setia menggunakan Mobile App tersebut.
 
No.3 – Pembangunan
= = = =
Terdapat dua cara untuk kita bangunkan sesuatu Mobile App, dengan menggunakan “app builder” yang memerlukan coding (menulis kod) dan tiada coding (“drag-and-drop”).
 
Yang memerlukan coding kebiasaannya memerlukan fungsi yang lebih kompleks & agak unik, manakala tanpa coding pula lebih fokus kepada fungsi asas yang kebiasaannya orang akan gunakan.
 
Grab & FoodPanda adalah salah satu contoh Mobile App yang memerlukan ianya dibina melalui coding kerana ia perlukan fungsi khas untuk laksanakan tugasan tertentu. Kita perlu ada programmer atau upah programmer untuk hasilkan Mobile App sebegini.
 
App Builder seperti Bubble, Glide, dan App RAXBIT membolehkan kita membangunkan Mobile App tanpa coding secara “drag-and-drop” dengan tersedia fungsi yang lebuh umum seperti senarai program, konten, e-commerce dan lain-lain.
 
No.4 – Pengujian
= = = =
Proses Pengujian adalah sangat penting untuk memastikan Mobile App yang kita bangunkan berfungsi dengan betul dan bebas dari sebarang masalah sebelum ianya digunakan oleh pengguna.
 
Kita boleh dapatkan rakan-rakan terawal atau pelanggan sedia ada untuk mendapatkan maklum balas tentang pengalaman pengguna, prestasi, dan sebarang masalah yang mungkin terjadi.
 
Jika kita abaikan step ini, kita akan mudah menerikan kritikan yang negatif & rating rendah di Playstore/Apptore. Mengabaikan step ini akan membuatkan pengguna tidak ingin cuba Mobile App yang kita bangunkan.
 
No.5: Pemasaran dan Penyelenggaraan
= = = =
Apabila kita dah sampai ke proses 5, ini bermakna Mobile App kita telah bersedia untuk dimuat turun oleh pengguna yang lebih ramai.
Jika kita bangunkan untuk pengguna Android & Apple, pastikan kita pasarkan Mobile App tadi ke Playstore & Appstore.
 
Proses ini tidak berhenti pada pemasaran sahaja! Kita juga kena pastikan ada proses penyelenggaran untuk memastikan Mobile App kita tiada masalah dari masa ke semasa & boleh ditambah baik untuk berikan pengalaman yang terbaik pada pengguna…
 
5 peringkat ini akan membantu Mobile App kita bangunkan berada dalam keadaan yang baik, berfungsi dengan lancar, dan memberikan pengalaman yang hebat kepada pengguna kita.
 
Barulah Mobile App kita akan lebih ramai pengguna yang menjadi impian bagi semua yang membangunkan Mobile App.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Evaluate Your Mobile App Cost Here:

Testimonials

"Yayasan Ihtimam Malaysia sangat berpuas hati dengan mobile apps yang memuatkan Ebook Hijrah Diri Homoseksualiti kerana sangat user friendly dan memudahkan target grup kami agar dapat dibantu dan dibimbing dalam menjalani kehidupan yg selari dgn syariat. Tanpa bantuan daripada team RAXBIT, mustahil mobile apps ini dapat diwujudkan. Terima kasih RAXBIT"

Dr Mohd Izwan Md Yusof

Hijrah Diri

"Azbi Centre telah melangkah ke satu tahap inovasi pemasaran dunia digital. Dengan adanya mobile app, ini kami sangat percaya penjenamaan & pemasaran akan memberi impak yang luarbiasa kerana kami satu-satunya Pusat Pakar Aircond Kereta yang ada mobile app sendiri sekaligus mencipta USP kami tersendiri. Terima kasih kepada team RAXBIT dengan hasil yang terbaik dengan harga yang berpatutan"

Tuan Lokman Halim

Azbi Centre

"RAXBIT memberikan proposal yang sangat baik dan menepati spesifikasi yang kami nak. Terima kasih bantu zahirkan idea kami dan binakan mobile app yang cantik dan dipuji ramai."

Chef Ayaya

PIZZASCARF

Pin It on Pinterest

Like the post?

Share it with your friends!

WhatsApp WhatsApp Us