Kelebihan Mobile App dalam Sektor Kesihatan

Bila kita berada dalam era digital yang semakin maju, kita tak tak boleh lari dalam menggunakan smartphone dalam segala aktiviti harian.
Yang akan menjadikan smartphone ini lebih seronok untuk digunakan adalah apabila kita telah pun memuat turun Mobile App yang akan bantu kerja harian kita.
Penggunaan Mobile App ini telah pun semakin meluas hingga ia juga boleh diaplikasikan pada sektor kesihatan.
Apakah fungsi Mobile App yang boleh kita gunakan dalam membantu sektor kesihatan ni?
Jom kita lihat 5 kelebihan bagaimana Mobile App telah bantu.
No.1: Akses Mudah Info Kesihatan
= = = =
Mobile App memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat kesihatan yang tepat dan terkini.
Pengguna boleh terus mencari maklumat tentang symptom penyakit, rawatan yang tersedia, dan nasihat kesihatan umum.
Sebagai contoh, kita boleh lihat Mobile App yang kita kerap pakai semasa musim Covid dulu iaitu MySejahtera atau contoh lain WebMD.
Mobile App ini banyak membantu kita dulu kerana ia membolehkan pengguna mencari maklumat kesihatan dengan mudah melalui Smartphone kita Sahaja.
No.2: Pemantauan Kesihatan secara Real-Time
= = = =
Aplikasi kesihatan dapat memantau parameter kesihatan pengguna seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, dan tahap aktiviti fizikal.
Data yang dikumpul secara real-time ini boleh digunakan untuk membuat diagnosis yang lebih tepat dan memberi amaran awal jika terdapat masalah kesihatan.
Contohnya apps seperti Fitbit dan Apple Health yang dilengkapi dengan pelbagai sensor ini adalah contoh Mobile App yang selari dalam memantau aktiviti fizikal dan kesihatan pengguna.
No3: Jadual Temujanji Perubatan
= = = =
Pengguna boleh juga menjadualkan temujanji dengan doktor melalui Mobile App tanpa perlu menelefon atau pergi ke klinik.
Ini mengurangkan masa menunggu dan memudahkan proses untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Pernah dengar Mobile App DoctorOnCall? Aplikasi ni merupakan salah satu Mobile App yang membolehkan pengguna menjadualkan temujanji dengan doktor atau mendapatkan konsultasi secara online.
No.4: Pengurusan Penyakit Kronik Terbaik
= = = =
Aplikasi ini membantu pesakit menguruskan penyakit kronik melalui peringatan untuk mengambil ubat dan memantau gejala.
Dengan adanya peringatan dan penjejakan berkala, pesakit dapat memastikan bahawa rawatan Mereka diikuti dengan konsisten.
Contoh Mobile App yang kita boleh guna adalah MySugr app yang direka khas untuk pesakit diabetes memantau tahap gula dalam darah dan memberi peringatan untuk mengambil insulin.
No.5: Interaksi Terus dengan Pakar Kesihatan.
= = = =
Mobile App juga boleh dijadikan sebagai medium pengguna berkomunikasi secara langsung dengan doktor melalui mesej, panggilan video, atau chat.
Ini memudahkan konsultasi perubatan tanpa perlu ke klinik atau hospital, terutamanya dalam keadaan kecemasan.
Aplikasi seperti Halodoc dan Doctor Anywhere membolehkan pengguna berkomunikasi dengan dkctor secara langsung dari smartphone Sahaja.
= = = =
Mobile App telah membawa revolusi dalam sektor perubatan dengan menawarkan pelbagai kelebihan yang meningkatkan akses, pengurusan, dan kualiti perkhidmatan kesihatan.
Dengan teknologi yang semakin berkembang, aplikasi kesihatan ini dijangka akan terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan Masyarakat.
Pengguna di seluruh dunia kini dapat merasai manfaat daripada teknologi ini, yang menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses dan efisien.
0 Comments