Beza Antara Game Development dan Game Design

Game Development dan Game Design adalah dua aspek yang berbeza namun sangat berkait rapat dalam penghasilan games. Jadi tidaklah anehlah jika ramai yang agak keliru perbezaan antara kedua cabang penghasilan games ini.
Kadang-kala kita akan melihat kedua-dua proses ini kelihatan saling bertukar-ganti, lebih-lebih lagi pada studio game yang kecil. Ini adalah kerana studio kecil biasanya game developer akan bertanggungjawab juga sebagai game designer.
Untuk mengurangkan kekeliruan kedua-dua bahagian ini, jom kita lihat aspek yang membezakan Game Development dan Game Design.
Asas Game Development

Kebiasaannya Game development akan melibatkan pelbagai tugas dan kemahiran yan berkaitan pengaturcara yang menggunakan bahasa seperti C++, Java, dan Python, untuk mencipta dan mengimplementasikan aset seperti watak, persekitaran dan animasi.
Malah, mereka juga perlu merancang dan mengimplementasi antara muka (UI) pengguna, membangunkan dan menguji mekanik permainan, dan mencipta dan mengintegrasikan audio dan efek visual.
Tambahan pula, mereka juga perlu bekerjasama dengan ahli pasukan lain, seperti pelukis, designer, dan publisher, untuk memastikan semua elemen game dapat disatukan dengan lancar.
Asas Game Design

Untuk Game Design pula, ia lebih melibatkan konseptualisasi dan perancangan kepada pengalaman bermain video game. Game Designer bertanggungjawab dalam menentukan mekanik permainan, termasuk kawalan pemain, peraturan, dan matlamat, serta mencipta naratif dan watak permainan.
Mereka juga menentukan penampilan dan suasana keseluruhan permainan, dari gaya seni hingga palet warna.
Game Designer juga perlu mempertimbangkan maklum balas pemain dan hasil ujian dari ujian alpha dan beta game untuk mengintegrasi reka bentuk dan memperbaiki pengalaman pemain.
.
.
.
Secara ringkasnya, Game Development akan lebih tertumpu pada bahagian teknikal penghasilan video games, manakala Game Design tertumpu pada bahagian kreatif.
Kedua-dua aspek adalah perlu untuk mencipta permainan video yang berjaya, tetapi ia memerlukan kemahiran dan proses yang berbeza.



WhatsApp Us
0 Comments