3 Kelebihan Mobile App Untuk Bisnes - RAXBIT

3 Kelebihan Mobile App Untuk Bisnes

by | Jun 24, 2022 | Business | 0 comments

Penggunaan Mobile App telah meningkat sepanjang dekad yang lalu apabila lebih banyak proses digitalisasi bisnes telah berlaku.
 
Dengan isu PKP sebelum ini, trend pengguna untuk membeli & melakukan pelbagai aktiviti melalui Mobile App semakin meningkat & selasa menggunakannya.
 
Kesan ini juga mewujudkan peningkatkan permintaan untuk syarikat & firma untuk ada Mobile App Bisnes sendiri.
 
Mari kita sama-sama lihat 3 kelebihan Mobile App Bisnes:
 
1) Bina Brand yang Kuat
Lebih banyak nilai yang kita tawarkan kepada pelanggan, lebih banyak mereka tertarik kepada brand kita. Agak mustahil untuk mencapai pengalaman branding yang mendalam tanpa usaha kita sendiri.
 
Sejak beberapa tahun yang lalu, lebih ramai orang menggunakan Mobile App mengatasi menonton TV dan melihat iklan. Kita selalu menggunakan smartphone kerana ia merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita.
 
Bisnes yang ada Mobile App Bisnes boleh menggunakan kelebihan ini untuk diterapkan pada jenama mereka. Elemen icon Mobile App Bisnes yang ada di dalam smartphone pengguna setelah di muat turun mendekatkan lagi brand bisnes kepada pelanggan.
 
Kita juga boleh menggunakan data yang dikumpul daripada Mobile App Bisnes tadi untuk memahami target kita dengan lebih baik dan meningkatkan strategi market brand kita.
 
2) Jimatkan Kos Iklan
Dah menjadi kebiasaan mana-mana bisnes akan menggunakan Iklan Berbayar untuk dapat hebahan yang lebih luas kepada sasaran pelanggan.
 
Namun persoalannya adalah selepas buat Iklan Berbayar, adakah kita kena sentiasa berterusan laburkan ribuan ringgit setiap bulan walaupun ada pelanggan yang dah membeli dan percaya dengan kita?
 
Disinilah Mobile App Bisnes akan membantu untuk bisnes kita menjaga pelanggan yang dah percaya dengan kita tadi. Selepas kita buat Iklan Berbayar, pastikan ada usaha untuk galakkan mereka memuat turun Mobile App Bisnes kita.
 
Dengan cara inilah kita boleh hantar Push Notification perkembangan bisnes, tips mahupun promosi untuk mudahkan pelanggan setia kita terus membeli dengan kita.
 
Inilah caranya untuk kita jimatkan Kos Iklan Berbayar, dengan kita optimumkan dana yang da namun kita gunakan Mobile App Bisnes untuk jaga pelangga setia.
 
3) Unik & Berbeza Pesaing
Dalam dunia pemasaran digital yang ada sekarang, antara tugas yang sangat sukar adalah untuk bersaing dengan persaing kita. Semua bisnes dah ada di medium Online seperti Media Sosial & Website.
 
Namun masih tak banyak bisnes yang ada Mobile App Bisnes sendiri untk menjadikan bisnes kita lebih unik berbanding bisnes yang lain. Sebelum ni kita ada di Media Sosial, kita ada website…kali ini kita boleh ada Mobile App Bisnes sendiri pula.
 
Dengan cara ini, kita sedang cuba memastikan untuk meletakkan bisnes kita lebih unik daripada bisnes lain yang ada dipasaran dan mewujudkan kepercayaan yang lebih pelanggan kepada kita.
.
.
Dengan adanya 3 kelebihan ini, barulah Bisnes kita lebih mampu untuk memacu kehadapan dengan bantuan Mobile App Bisnes.
 
Ramai pemilik bisnes dah tahu, namun jarang bisnes buat! Maybe andalah orang yang akan jadi pemilik bisnes yang berbeza?

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Evaluate Your Mobile App Cost Here:

Testimonials

"Yayasan Ihtimam Malaysia sangat berpuas hati dengan mobile apps yang memuatkan Ebook Hijrah Diri Homoseksualiti kerana sangat user friendly dan memudahkan target grup kami agar dapat dibantu dan dibimbing dalam menjalani kehidupan yg selari dgn syariat. Tanpa bantuan daripada team RAXBIT, mustahil mobile apps ini dapat diwujudkan. Terima kasih RAXBIT"

Dr Mohd Izwan Md Yusof

Hijrah Diri

"Azbi Centre telah melangkah ke satu tahap inovasi pemasaran dunia digital. Dengan adanya mobile app, ini kami sangat percaya penjenamaan & pemasaran akan memberi impak yang luarbiasa kerana kami satu-satunya Pusat Pakar Aircond Kereta yang ada mobile app sendiri sekaligus mencipta USP kami tersendiri. Terima kasih kepada team RAXBIT dengan hasil yang terbaik dengan harga yang berpatutan"

Tuan Lokman Halim

Azbi Centre

"RAXBIT memberikan proposal yang sangat baik dan menepati spesifikasi yang kami nak. Terima kasih bantu zahirkan idea kami dan binakan mobile app yang cantik dan dipuji ramai."

Chef Ayaya

PIZZASCARF

Pin It on Pinterest

Like the post?

Share it with your friends!

WhatsApp WhatsApp Us