4 Fungsi AI Dalam Mobile App Untuk Bisnes Tingkatkan Jualan

Sekarang ni ramai biz owner dah mula dengar pasal AI, tapi masih ramai yang tak guna sepenuhnya untuk bantu tingkatkan sales.
Ada yang ingat AI ni susah, mahal, atau hanya untuk company besar. Hakikatnya, hari ni AI untuk sales dah jadi lebih accessible, lagi-lagi bila digabungkan dengan Mobile App sendiri.
Kalau dulu kita buat marketing dan sales secara manual, sekarang semuanya boleh dipermudahkan dengan bantuan automation sales Mobile App.
Maksudnya, banyak proses boleh jalan sendiri tanpa kita perlu monitor 24 jam. Ini bukan saja jimat masa, tapi juga bantu kita fokus pada growth bisnes.
Mobile App yang ada elemen AI marketing app boleh jadi satu sistem lengkap, dari tarik customer, engage mereka, sampai convert jadi pembeli.
Ini antara cara bijak untuk biz owner yang nak scale bisnes tanpa tambah banyak tenaga kerja.
1. AI Bantu Faham Behaviour Customer Secara Automatik

Salah satu kelebihan besar AI dalam Mobile App adalah keupayaan untuk analyse behaviour customer.
AI boleh track apa yang customer tengok, produk apa yang mereka minat, dan bila mereka aktif dalam Mobile App.
Dengan data ni, kita boleh buat strategi AI untuk sales yang lebih tepat tanpa perlu teka-teka.
Bila kita faham behaviour customer, kita boleh offer produk yang lebih relevant, dan ini secara langsung tingkatkan peluang untuk convert kepada sales.
Contoh, kalau customer selalu tengok produk skincare jenis jerawat dalam Mobile App, AI boleh detect minat tu dan biz owner boleh terus push produk berkaitan seperti cleanser acne, serum atau set penjagaan muka khas.
Jadi bila customer buka Mobile App, dia nampak produk yang memang dia tengah cari, peluang untuk beli jadi lebih tinggi.
2. Auto Suggest Product (Upsell & Cross-sell)

Pernah perasan bila guna Mobile App shopping, tiba-tiba keluar cadangan produk yang “kebetulan” kita minat? Itu sebenarnya kerja AI.
Dalam Mobile App bisnes sendiri, kita juga boleh guna konsep yang sama melalui AI marketing app.
AI akan suggest produk tambahan berdasarkan pilihan customer. Ini sangat powerful untuk buat upsell dan cross-sell tanpa perlu kita promote secara manual. Lagi banyak suggestion yang tepat, lagi tinggi nilai setiap transaksi.
Contoh, customer add kasut sukan dalam cart, kemudian AI auto suggest stokin sukan, beg gym atau water bottle.
Walaupun customer asalnya nak beli satu barang, akhirnya dia tambah lagi item lain, ini yang bantu naikkan nilai setiap sales tanpa effort tambahan.
3. Chatbot AI Untuk Layan Customer 24/7

Ramai biz owner tak sempat reply customer setiap masa. Di sinilah fungsi chatbot AI dalam automation sales Mobile App sangat membantu.
Chatbot boleh jawab soalan basic, bagi info produk, dan guide customer untuk buat pembelian, walaupun kita tengah tidur.
Ini bukan saja improve customer experience, tapi juga elakkan kita kehilangan sales hanya sebab lambat reply. Dalam dunia sekarang, speed sangat penting.
Contoh, customer tanya “produk ni sesuai untuk kulit sensitif tak?” pukul 2 pagi. Chatbot terus reply dengan jawapan yang dah set, siap suggest produk sesuai dan bagi link untuk terus beli.
Tanpa chatbot, mungkin customer dah pergi beli dekat competitor sebab lambat dapat response.
4. Push Notification Pintar (AI-Based)

Push notification biasa memang efektif, tapi dengan AI, ia jadi lebih power.
AI boleh tentukan bila masa terbaik untuk hantar notifikasi, jenis promo apa yang sesuai, dan siapa yang patut terima.
Ini menjadikan strategi AI untuk sales lebih targeted.
Customer tak rasa terganggu, malah lebih cenderung untuk klik dan beli sebab content yang dihantar memang kena dengan minat mereka.
Contoh, AI detect customer selalu aktif waktu malam dan minat produk fashion. Jadi sistem hantar notifikasi promo “Midnight Sale 20% untuk koleksi baru” tepat pada waktu dia biasa buka Mobile App.
Ini buatkan peluang untuk dia klik dan beli jadi lebih tinggi berbanding hantar secara random.
= = =
Kalau kita tengok secara keseluruhan, gabungan Mobile App dan AI bukan lagi satu pilihan, tapi satu kelebihan besar dalam dunia bisnes hari ni.
Biz owner yang mula gunakan AI untuk sales lebih awal akan ada advantage dari segi speed, efficiency dan scalability.
Realitinya, customer hari ni expect fast response, personalized experience dan kemudahan dalam setiap urusan.
Kalau kita masih buat semua benda secara manual, memang susah nak compete dengan bisnes yang dah guna automation sales Mobile App dan sistem AI.
= = =
Kalau kita nak tingkatkan sales tanpa tambah beban kerja, kita kena mula guna sistem yang lebih smart.
Dengan Mobile App dari RAXBIT, kita boleh bina sistem jualan yang lebih tersusun, dari katalog produk, automation basic, sampai integrasi AI chatbot sebagai add-on untuk bantu layan customer 24/7.
Kalau nak pergi lebih jauh lagi, macam AI yang lebih advanced untuk prediction, personalisation atau automation yang lebih kompleks, itu pun boleh dibuat melalui custom development dengan RAXBIT, ikut keperluan bisnes kita sendiri.
Sebab setiap bisnes tak sama. Ada yang cukup dengan sistem simple yang automatik, ada yang dah ready untuk naik level guna AI yang lebih deep untuk boost conversion.
Persoalannya sekarang, kita nak start dengan sistem yang bantu kita scale sekarang… atau terus tunggu sampai pesaing kita dah jauh ke depan?



WhatsApp Us
0 Comments