5 Cara Bagaimana Google Maps Jana Income - RAXBIT

5 Cara Bagaimana Google Maps Jana Income

by | Dec 13, 2024 | Business, Google Maps | 0 comments

Sekarang adalah era di mana kita memang tak boleh lari daripada menggunakan fungi Google Maps.
“Eh…saya tak guna Google Maps, Saya guna Waze je”
 
Betul memang aplikasi yang berbeza, namun map yang digunakan oleh Waze adalah dari Google Maps.
 
Walaupun kita guna Waze, namun secara tak langsung sebenarnya kita guna Google Maps juga. Cuma Waze tambah baik fungsi sedia ada melalui Social Sharing.
 
Melalui Waze, kita boleh dapat maklum balas rakan-rakan pengguna Waze yang lain seperti ada kemalangan dan kalau ada polis di depan (ni part yang paling best).
 
Waze kita nampak juga mereka buat iklan, tapi Google Maps sangat jarang kita nampak mereka buat iklan.
 
Dah lah guna percuma, jadi macam mana Google Maps jana income?
Mestilah Google Maps ada cara jana incomenya!
 
Jom kita semak 5 caranya.
 
Cara 1
=====
Melalui iklan bila orang membuat carian kawasan terdekat. Pengguna akan nampak perniagaan kita akan diletakkan di atas berbanding pesaing.
Konsepnya hampir sama seperti carian di Google, cuma yang ini carian di Google Maps. Lokasi kita diletakkan paling atas berbanding pesaing.
 
Cara 2
=====
Bila kita daftar Google MyBusiness, kebiasaannya image Pin Location kita secara umumnya Google yang tetapkan.
 
Namun Google ada Add-On tambahan jika kita nak letak logo bisnes kita di Pin Location tadi. Ini adalah fungsi berbayar jika kita nak letak letak logo bisnes kita.
 
Cara 3
=====
Jika perasan semasa Navigasi, Google Maps akan sebut landmark tertentu seperti “Turn left after Starbucks”.
 
Melalui contoh ini, Starbucks ada buat bayaran tambahan pada Google Maps untuk pastikan landmark mereka disebut di dalam arahan navigasi.
 
Cara 4
=====
Servis berbayar untuk gunakan Google Maps API. Mana-mana aplikasi yang menggunakan Maps atau pengiraan jarak dan lokasi akan menggunakan servis Google Maps API ini.
 
Grab, Foodpanda, Lalamove atau mana-mana aplikasi yang menggunakan Maps, majoritinya akan gunakan Google Maps API.
 
Pengguna boleh guna PERCUMA, namun syraikat aplikasi ini yang kena bayaran bagi setiap lokasi serta navigasi yang diberikan.
 
Mereka yang berminat untuk bina aplikasi yang melibatkan pengiraan jarak & navigasi, jangan lupa masukkan pengiraan ini dalam kos servis yang diberikan.
 
Cara 5
=====
Melalui kerjasama dengan syarikat lain seperti Lyft & Uber apabila menggunakan Google Map API ini.
 
Syarikat Lyft & Uber memberikan ekuiti share kepada Google sebanyak 4.4% dan 4.2%. Daripada bayar servis kepada Google, mereka berikan cara ekuiti share untuk sama-sama jana income bersama Lyft & Google.
.
.
.
Inilah 5 cara bagaimana Google Maps jana income. Dianggarkan Google Maps jana dalam USD 4.3 billion melalui 5 cara ini.
 
Dikhabarkan sebenarnya Google masih belum “perah” sepenuhnya untuk jana income melalui Google Maps agar memastikan pengguna terus selesa gunakannya tanpa terlalu banyak iklan.
 
Tahun ini Google Maps akan perkenalkan lagi fungsi baru untuk jana income lebih banyak melalui Google Maps, antaranya adalah navigasi dengan Augmented Reality (AR).
 
Sebagai pengguna, janganlah risau…selalunya penjanaan income Google Maps datang dari syarikat dan Pemilik bisnes.
 
Kita boleh terus guna Google Maps dengan gembira 😊
 
Sebagai syarikat & Pemilik Bisnes, kita perlu sedia untuk maksimumkan penggunaan Google Maps untuk lebih banyak manfaat kita boleh berikan kepada pelanggan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Evaluate Your Mobile App Cost Here:

Testimonials

"Yayasan Ihtimam Malaysia sangat berpuas hati dengan mobile apps yang memuatkan Ebook Hijrah Diri Homoseksualiti kerana sangat user friendly dan memudahkan target grup kami agar dapat dibantu dan dibimbing dalam menjalani kehidupan yg selari dgn syariat. Tanpa bantuan daripada team RAXBIT, mustahil mobile apps ini dapat diwujudkan. Terima kasih RAXBIT"

Dr Mohd Izwan Md Yusof

Hijrah Diri

"Azbi Centre telah melangkah ke satu tahap inovasi pemasaran dunia digital. Dengan adanya mobile app, ini kami sangat percaya penjenamaan & pemasaran akan memberi impak yang luarbiasa kerana kami satu-satunya Pusat Pakar Aircond Kereta yang ada mobile app sendiri sekaligus mencipta USP kami tersendiri. Terima kasih kepada team RAXBIT dengan hasil yang terbaik dengan harga yang berpatutan"

Tuan Lokman Halim

Azbi Centre

"RAXBIT memberikan proposal yang sangat baik dan menepati spesifikasi yang kami nak. Terima kasih bantu zahirkan idea kami dan binakan mobile app yang cantik dan dipuji ramai."

Chef Ayaya

PIZZASCARF

Pin It on Pinterest

Like the post?

Share it with your friends!

WhatsApp WhatsApp Us