6 Kelebihan Memiliki Mobile App Bisnes - RAXBIT

6 Kelebihan Memiliki Mobile App Bisnes

by | Nov 21, 2021 | Business | 0 comments

Adakah anda tahu bagaimana Mobile App Bisnes boleh memainkan peranan penting dalam perniagaan?
 
Kami akan kongsikan 6 kebaikan untuk perniagaan yang mempunyai Mobile App Bisnes sendiri.
 
1) Mengukuhkan Jenama
 
Mobile App Bisnes ini boleh bantu menaikkan jenama
perniagaan. Kita boleh bina aplikasi yang menarik dan penuh dengan pelbagai fungsi yang akan memudahkan pelanggan.
 
Mobile App Bisnes nanti boleh membuatkan kita lebih dikenali oleh pelanggan dan mudah mencipta Trust yang lebih baik. Barulah mudah untuk pelanggan dapatkan produk atau servis yang kita tawarkan.
 
2) Pemasaran Terus Kepada Pelanggan
 
Apabila kita mempunyai Mobile App Bisnes, ia memberikan kelebihan kepada kita untuk lebih mudah berhubung dengan pelanggan secara terus.
 
Semua informasi yang kita ingin maklumkan kepada pelanggan berkenaan perkembangan bisnes, termasuklah jualan khas dan promosi boleh dimasukkan dalam Mobile App Bisnes tadi.
 
Semua aktiviti perniagaan kita, berada di hujung jari pelanggan.
Melalui Push Notification, hanya dengan satu klik sahaja kita dah boleh berinteraksi secara langsung dengan pelanggan terus melalui smartphone mereka.
 
3) Kelihatan Unik Berbanding Pesaing
 
Mahukah perniagaan kita kelihatan lebih kedepan dan unik berbanding pesaing?
 
Mobile App Bisnes merupakan salah satu cara yang boleh kita bina untuk jadikan kita lebih kedepan & unik berbanding pesaing.
 
Bukan senang untuk menjadi orang pertama antara pesaing dengan memperkenalkan penggunaan Mobile App Bisnes kepada pelanggan anda.
 
Apabila kita menggunakan Mobile App Bisnes, mesti ramai pelanggan merasa kagum dan menganggap kita mempunyai perniagaan yang lebih maju ke hadapan.
 
4) Menggalakkan Pelanggan Menjadi Lebih Setia
 
Mobile App Bisens boleh juga digunakan untuk mencipta & mengumpul sikap kesetiaan pelanggan kita.
 
Dengan semua cara pemasaran di luar sana terdapat pelbagai medium lain sepertia banner di tepi jalan, papan iklan LED, iklan di akhbar, flyers, kupon diskaun, laman web, Facebook ads, email marketing.
 
Untuk berbeza & kedepan berbanding pesaing, inilah masanya untuk kita membina hubungan yang baik dengan pelanggan dan menjadikan pelanggan yang setia dengan produk atau servis anda.
 
5) Mudah Diingati Oleh Pelanggan
 
Setiap hari, sekurang-kurangnya 2 jam kita menghadap smartphone?
 
Oleh sebab itu, Mobile App Bisnes ini yang telah dimuat turun pengguna akan lebih nampak kita setiap hari melalui icon app di smartphone pengguna.
 
Digalakkan kita bina icon app yang lebih cantik dan menarik untuk mencipta minat baru dalam smartphone pelanggan.
Ia membolehkan perniagaan kita mudah diingati oleh pelanggan, Kita dah berada di smartphone masing-masing.
 
6) Hubungan Dengan Pelanggan Lebih Baik
 
Pelanggan kita akan mudah untuk menghubungi bisnes kita dengan menggunakan Mobile App Bisnes.
Kita perlu mempunyai fungsi penghantaran mesej ataupun Live Chat untuk memudahkan komunikasi dengan pelanggan.
 
Selain daripada mesej, pelanggan juga akan kerap membeli produk atau menggunakan servis terus melalui Mobile App Bisnes.
.
.
.
Apabila kita dah tahu bagaimana Mobile App Bisnes dapat membantu bisnes, inilah peluang yang kita ada untuk bisnes kita juga ada Mobile App Bisnes sendiri.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Evaluate Your Mobile App Cost Here:

Testimonials

"Yayasan Ihtimam Malaysia sangat berpuas hati dengan mobile apps yang memuatkan Ebook Hijrah Diri Homoseksualiti kerana sangat user friendly dan memudahkan target grup kami agar dapat dibantu dan dibimbing dalam menjalani kehidupan yg selari dgn syariat. Tanpa bantuan daripada team RAXBIT, mustahil mobile apps ini dapat diwujudkan. Terima kasih RAXBIT"

Dr Mohd Izwan Md Yusof

Hijrah Diri

"Azbi Centre telah melangkah ke satu tahap inovasi pemasaran dunia digital. Dengan adanya mobile app, ini kami sangat percaya penjenamaan & pemasaran akan memberi impak yang luarbiasa kerana kami satu-satunya Pusat Pakar Aircond Kereta yang ada mobile app sendiri sekaligus mencipta USP kami tersendiri. Terima kasih kepada team RAXBIT dengan hasil yang terbaik dengan harga yang berpatutan"

Tuan Lokman Halim

Azbi Centre

"RAXBIT memberikan proposal yang sangat baik dan menepati spesifikasi yang kami nak. Terima kasih bantu zahirkan idea kami dan binakan mobile app yang cantik dan dipuji ramai."

Chef Ayaya

PIZZASCARF

Pin It on Pinterest

Like the post?

Share it with your friends!

WhatsApp WhatsApp Us