6 Step Untuk Daftar Syarikat Sebagai AppStore Developer

“Kalau saya nak gunakan nama Bisnes saya sendiri untuk daftar di Appstore senang tak?”
“Huhuhu…stepnya banyak dan bukan semua syarikat boleh masuk”
.
.
.
Mana-mana Mobile App yang ingin dipasarkan di Playstore atau Appstore memerlukan kita mendaftar dengan mereka dahulu.
Ada 2 cara untuk kita daftar akaun developer, sama ada kita ingin daftar sebagai individu ataupun sebagai syarikat.
Melalui Playstore, tiada perbezaan secara spesifik jika kita ingin daftar atas nama persendirian ataupun syarikat.
Daftar dan bayar USD25 kepada Google, kita dah boleh terus pasarkan mobile app ke Playstore. Masa menunggu untuk diluluskan pendaftaran akaun developer adalah SEGERA.
Maknanya apabila selesai membuat bayaran kepada Google kita dan boleh terus publish mobile app ke Playstore.
Berbeza dengan Appstore, kita perlu bezakan sama ada ingin daftar atas nama persendirian ataupun nama syarikat.
Jika daftar sebagai persendirian, stepnya hampir sama dengan mendaftar di Playstore. Bayar dan akan terus boleh publish mobile app di Appstore.
Cuma jumlah bayarannya berbeza. Untuk Appstore Developer, yurannya adalah USD99 setahun.
Berbeza jika kita ingin daftar atas nama syarikat. Ini step yang anda perlu tahu:
1. Daftar DUNS untuk confirmkan kita sebuah syarikat dan WAJIB ada website. Enterprise bukan syarikat, jika kita masih lagi Enterprise kena daftar sebagai entiti personal sahaja.
2. DUNS akan buat semakan hingga kita dapat Nombor DUNS.
3. Nombor DUNS ini akan dihantar ke Apple
4. Apple confirmkan Nombor DUNS kita diterima dalam sistem.
5. Apple akan buat semakan selanjutnya, seperti membuat panggilan telefon kepada syarikat.
6. Apple berpuas hati, barulah kita boleh lengkapkan pendaftaran dengan membuat bayaran USD99 dan boleh mula publish app ke Appstore.
Boleh daftar DUNS disini:
https://developer.apple.com/support/D-U-N-S/
Banyak stepnya untuk daftar ke Appstore, ianya tak semudah jika ke Playstore.
Dan jika bisnes kita tiada website pun, step No1 lagi untuk pendaftaran DUNS pun kita tak akan lepas.
0 Comments