7 Tempat Ini WAJIB Letakkan Logo Playstore & Appstore - RAXBIT

7 Tempat Ini WAJIB Letakkan Logo Playstore & Appstore

by | Apr 11, 2025 | Business, Mobile App | 0 comments

Dah Ada Mobile App? Gunakan Logo Playstore & Appstore di Semua Medium Bisnes Anda!

Ramai bisnes dah ada app sendiri, tapi ramai belum guna kelebihan ni sepenuhnya. Salah satu cara paling mudah naikkan kredibiliti ialah paparkan logo Playstore & Appstore dalam semua medium bisnes.

Ingat, logo ni hanya boleh digunakan oleh pemilik app rasmi. Jadi bila anda ada app sendiri, itu satu keistimewaan eksklusif. Jangan sia-siakan.

Berikut 7 tempat WAJIB letak logo app anda:

 
1. Media Sosial

Letak logo di Facebook cover, poster promosi, highlight Instagram, video & reels. Lagi kerap logo ni muncul, lagi tinggi peluang orang akan muat turun.

Nak lagi cun, tambah CTA: “Install Sekarang di Appstore & Playstore!” Teks dan logo boleh bantu orang ambil tindakan.

2. Bahan Cetak (Flyers, Banner, Brosur)

Pastikan logo ada dalam semua bahan bercetak. Kalau join expo atau ada kedai fizikal, ini antara ruang terbaik. DAN cantik lagi, tambah QR lagi mudah download.

3. Website & Landing Page

Bila ada page khas di website atau di landing page, letak logo dan butang “Download Now” di bahagian atas dan bawah halaman utama. Pastikan link terus bawa ke Appstore / Playstore. Pastikan elemen ini tidak tertinggal.

4. Email Marketing

Kalau kita guna email marketing atau hantar newsletter pada pelanggan, selitkan logo aplikasi di bahagian footer email atau selepas mesej utama.

Letak juga ayat ringkas seperti “Muat Turun Aplikasi Kami Untuk Promosi Eksklusif” dan disertakan dengan logo yang boleh diklik.

5. Kad Bisnes

Kadnya kecil tapi kad bisnes impaknya besar. Boleh digunakan untuk market app dengan tambah logo Playstore dan Appstore bersama QR code kecil.

Ia beri impresi yang bantu jenama nampak moden, ada elemen digital & tampak kredibiliti professional.

6. Resit & Pembungkusan Produk

Letak logo di resit, kotak, paper bag atau plastik pembungkus. Gunakan ruang ni untuk letakkan logo aplikasi, sama ada dalam bentuk cetakan atau sticker kecil. Ini cara halus tapi efektif untuk remind pelanggan pasal app dan jenama kita.

7. Billboard & Signboard

Kalau bisnes ada billboard, signboard atau apa-apa paparan berskala besar, letakkan logo Playstore dan Appstore disitu. Tambah juga QR dan mesej ringkas seperti “Tempah Sekarang Lebih Mudah di App Kami!”

.

.

Bila dah ada Mobile App, tunjukkan kepada dunia bahawa bisnes kita lebih maju dari pesaing. Hanya yang ada aplikasi sendiri sahaja boleh gunakan logo Playstore dan Appstore secara sah, jadi gunakan kelebihan ini untuk membina trust dan kesetiaan pelanggan.

Ingat, pelanggan tak akan tahu kita ada App kalau kita sendiri tak tunjuk. Jadi guna semua medium bisnes untuk hantar mesej yang sama:

“Kami ada Mobile App, dan anda patut install sekarang.”

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Evaluate Your Mobile App Cost Here:

Testimonials

"Yayasan Ihtimam Malaysia sangat berpuas hati dengan mobile apps yang memuatkan Ebook Hijrah Diri Homoseksualiti kerana sangat user friendly dan memudahkan target grup kami agar dapat dibantu dan dibimbing dalam menjalani kehidupan yg selari dgn syariat. Tanpa bantuan daripada team RAXBIT, mustahil mobile apps ini dapat diwujudkan. Terima kasih RAXBIT"

Dr Mohd Izwan Md Yusof

Hijrah Diri

"Azbi Centre telah melangkah ke satu tahap inovasi pemasaran dunia digital. Dengan adanya mobile app, ini kami sangat percaya penjenamaan & pemasaran akan memberi impak yang luarbiasa kerana kami satu-satunya Pusat Pakar Aircond Kereta yang ada mobile app sendiri sekaligus mencipta USP kami tersendiri. Terima kasih kepada team RAXBIT dengan hasil yang terbaik dengan harga yang berpatutan"

Tuan Lokman Halim

Azbi Centre

"RAXBIT memberikan proposal yang sangat baik dan menepati spesifikasi yang kami nak. Terima kasih bantu zahirkan idea kami dan binakan mobile app yang cantik dan dipuji ramai."

Chef Ayaya

PIZZASCARF

Pin It on Pinterest

Like the post?

Share it with your friends!

WhatsApp WhatsApp Us