Idea Tiruvasi Untuk Bisnes Anda Berdasarkan Ulangtahun Ke-5 Lazada - RAXBIT

Idea Tiruvasi Untuk Bisnes Anda Berdasarkan Ulangtahun Ke-5 Lazada

by | Apr 9, 2018 | Business | 0 comments

 

Pada 22-24 Mac 2017 yang lepas, LAZADA mengadakan promosi besar-besaran untuk menyambut tahun ke-5 mereka. Pastinya ada diantara kita yang menjadi pembeli pada tempoh tersebut disebabkan promosi mereka yang efektif…walaupun pada asalnya kita memang tiada niat untuk membeli.

Berikut adalah 6 idea #TIRUVASI yang boleh kita lakukan untuk bisnes kita juga.

 

 

#NO1 – Cipta ‘Kisah’ Promosi
======================
‘Kisah’ promosi yang LAZADA cipta adalah berdasarkan ulangtahun ke 5 tahun mereka. Maka ada pelbagai ‘kisah’ yang boleh kita ciptakan seumpamanya.
Tidak semestinya perlu ulangtahun sahaja, kita juga boleh anjurkan sempena cuti sekolah, buka sekolah, kemasukan BRIM, anak staff lulus cemerlang dan macam-macam lagi.
Ini untuk memastikan bisnes kita sentiasa aktif dengan perkara-perkara baru dan kita mencipta sebab untuk memberi harga istimewa.
#NO2 – Tetapkan Tempoh Masa
========================
Jika dilihat tempoh promosinya tidak lama, hanya 3 hari dan setiap 1-2 jam bagi item tertentu.
Ini bertujuan untuk mencipta ‘scarcity’ kepada pelanggan. “kalau lambat, terlepas peluang”. Ia mencipta ‘ketakutan’ rugi jika tidak membeli sekarang.
Kita boleh lakukan perkara yang sama dimana kita menetapkan tempoh tertentu untuk promosi kita.
#NO3 – 1 vs Pelbagai Produk
======================
Jika anda perasan, notifikasi yang dihantar oleh LAZADA hanya melibatkan 1 produk. Namun bila kita buka notifikasi tersebut, ada pelbagai jenis produk yang tersenarai bersama produk yang ada promosi khas.
Kadang-kala kita membeli produk yang lain daripada produk dengan harga promosi. Dari kita nak mempromosikan 1 produk, pelanggan ‘terbeli’ lebih daripada 1 produk.
Ia adalah elemen menarik perhatian untuk pelanggan melihat lebih banyak produk yang ditawarkan.
#NO4 – Ternanti-nanti produk seterusnya
===============================
Bagi setiap produk promosi berdasarkan jam tertentu, kita tidak tahu apakah item promosi seterusnya akan ditawarkan.
Apabila LAZADA lakukan begini, secara tidak langsung kita ‘terpaksa’ melihat kesemua notifikasi yang dihantar untuk melihat kesemua promosi yang ditawarkan.
Ini adalah strategi untuk memastikan kita melihat semua promosi dan menyebabkan pengguna kadang-kala pengguna membeli produk yang ‘tidak dirancang’.
#NO5 – Sistematikkan Proses Jualan
============================
Cuba bayangkan LAZADA menerima tempahan terus melalui Whatsapp, beratus-ratus sales team yang diperlukan untuk melayan setiap pelanggan.
Dengan memiliki shopping cart menerusi website dan mobile app, beserta ‘payment gateway’ bank tempatan, ini membantu mereka untuk menerima tempahan yang banyak dalam satu masa.
Jika kita merancang mengadakan promosi dengan target jualan yang besar, pastikan proses membeli oleh pengguna dimudahkan.
#NO6 – Cara Hebahan Yang Efektif
===========================
Bagi yang memuat turun mobile app LAZADA, pastinya menerima notifikasi yang dihantar oleh mereka dengan agak kerap semasa tempoh promosi.
Ia bertalu-talu dari masa kesemasa untuk memaklumkan promosi bari bagi setiap produk yang berbeza.
Melalui mobile app LAZADA, mereka mampu mencapai kepada jutaan pelanggan mereka dengan mudah serta mampu mendapatkan perhatian yang lebih efektif.
Ini kerana setiap notifikasi yang dihantar akan terpampang jelas dipaparan utama smartphone pelanggan.
———————————————–
Moga manfaat (Y)
Jemput LIKE dan SHARE ya
Jika anda ingin kami buat kajian mengenai bisnes anda dan bagaimana mobile app boleh bantu bisnes, jemput kongsikan info bisnes anda dilink dibawah:
http://tinyurl.com/appbisnes <== KLIK SEKARANG
Jika ada soalan ingin diajukan terus kepada kami menerusi WHATSAPP, klik link dibawah:
http://tinyurl.com/apptanya <== KLIK SEKARANG
#binamobileapps
#binamobileappsmalaysia
#kursusmobileapps
#carabuatmobileapps
#upahbuatmobileapps

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Evaluate Your Mobile App Cost Here:

Testimonials

"Yayasan Ihtimam Malaysia sangat berpuas hati dengan mobile apps yang memuatkan Ebook Hijrah Diri Homoseksualiti kerana sangat user friendly dan memudahkan target grup kami agar dapat dibantu dan dibimbing dalam menjalani kehidupan yg selari dgn syariat. Tanpa bantuan daripada team RAXBIT, mustahil mobile apps ini dapat diwujudkan. Terima kasih RAXBIT"

Dr Mohd Izwan Md Yusof

Hijrah Diri

"Azbi Centre telah melangkah ke satu tahap inovasi pemasaran dunia digital. Dengan adanya mobile app, ini kami sangat percaya penjenamaan & pemasaran akan memberi impak yang luarbiasa kerana kami satu-satunya Pusat Pakar Aircond Kereta yang ada mobile app sendiri sekaligus mencipta USP kami tersendiri. Terima kasih kepada team RAXBIT dengan hasil yang terbaik dengan harga yang berpatutan"

Tuan Lokman Halim

Azbi Centre

"RAXBIT memberikan proposal yang sangat baik dan menepati spesifikasi yang kami nak. Terima kasih bantu zahirkan idea kami dan binakan mobile app yang cantik dan dipuji ramai."

Chef Ayaya

PIZZASCARF

Pin It on Pinterest

Like the post?

Share it with your friends!

WhatsApp WhatsApp Us