7 Fungsi Utama Mobile App Bisnes Restoran Dan Cafe

Bisnes Restoran dan Cafe pun tidak terkecuali untuk memiliki mobile app sendiri. Ini akan membantu Restoran dan Cafe kita sentiasa bersama dengan pelanggan-pelanggan kita. Jika pelanggan kita lapar dan nak makan sesuatu daripada menu yang kita ada, mereka akan lebih ingat kepada Restoran dan Cafe kita
Namun anda pasti tertanya-tanya:
1. Fungsi apakah yang perlu ada untuk Mobile App Bisnes Restoran dan Cafe?
2. Bagaimana fungsi Mobile App Bisnes tersebut boleh membantu Bisnes Restoran dan Cafe?
Berikut adalah 7 fungsi utama yang perlu ada pada Mobile App Bisnes Restoran dan Cafe.
1. Online Order – Mudahkan Pelanggan
Pasti pelanggan suka jika mereka boleh menempah makanan dan minuman terus melalui smartphone. Selepas menempah, pengguna boleh memilih untuk hari dan masa order mereka perlu disediakan.
Malah pengguna boleh membuat keputusan sama ada ingin dihantar terus ke lokasi, datang ambil sendiri atau makan terus di restoran dan cafe anda.
Semuanya mudah! Tempahan makanan dan minuman terus di mobile app kita tanpa perlu hadir ke restoran dan cafe.
2. Lokasi Cawangan Terdekat – Tidak Sesat Lagi
Pengalaman lapar namun tidak jumpa restoran dan cafe yang dicari pastinya amat mengecewakan. Lebih-lebih lagi jika restoran dan cafe kita ada dibeberapa lokasi.
Kes begini tidak akan berlaku lagi apabila semua lokasi restoran dan cafe kita disenaraikan dalam mobile app dan pelanggan boleh memilih lokasi terdekat serta navigasi terus ke restoran dan cafe pilihan. Pengguna boleh memilih untuk gunakan Google Map atau Waze untuk ke Restoran dan Cafe kita.
3. Point Loyalti – Datang & Datang Lagi
Kita perlu mencipta sebab untuk pelanggan hadir ke restoran dan cafe kita lagi. Kita boleh gunakan program loyalti terus melalui mobile app dimana ia lebih mesra kepada pelanggan.
Penggunaan kad loyalti yang kebiasaannya pelanggan akan terlupa membawanya dan ada juga kes yang hilang pula.
Dengan program loyalti menggunakan mobile app, pastinya pelanggan tidak akan tinggalkan smartphone dan kes hilang smartphone juga jarang berlaku.
Jangan risau…jika smartphone hilang sekalipun sistem mobile app boleh menyemak penggunaan pelanggan. Ia solusi yang mesra pelanggan.
4. Pilihan Menu – Terliur Dibuatnya
Buatkan pelanggan terasa lapar dengan kita berkongsi pelbagai menu makanan dan minuman kita terus melalui mobile app.
Sekurang-kurangnya pelanggan sudah boleh membuat pilihan makanan lebih awal dan melancarkan proses order. Pelanggan juga boleh merancang bajet mereka kerana pelanggan boleh melihat menu dan harga setiap menu.
5. Mobile Kupon – Gembirakan Pelanggan Setia
Kita boleh meraikan dan menggembirakan pelanggan kita dengan menyediakan kupon-kupon diskaun khas bagi mereka menjamu selera dan yang menggunakan mobile app restoran dan cafe kita.
Kita mahu mereka rasai dihargai dan rasai keistimewaan apabila melawat restoran dan cafe kita.
6. Push Notification – Info Terkini
Kenali senjata mobile app yang paling berkuasa => notifikasi. Melalui notifikasi, info yang ingin kita kongsikan akan terpapar jelas di smartphone pengguna.
Ia tidak lagi perlu berebut-rebut dengan puluhan notifikasi di FB, Whatsapp, Telegram dan Email. Kini, kita mampu mendapat perhatian pelanggan yang lebih khusus untuk membaca perkongsian dan info terkini yang ingin dikongsi.
7.Maklum Balas – Best atau Sebaliknya
Maklum balas pelanggan adalah sangat penting untuk kelangsungan bisnes kita. Ia boleh menjadi medium untuk menjadikan restoran lebih baik dengan kita mudahkan pelanggan terus menghantar maklum balas melalui mobile app.
Kita juga boleh dapatkan testimoni pelanggan untuk kita menarik perhatian bakal-bakal pelanggan kita.
Anda sudah jelas fungsi apa yang diperlukan untuk Mobile App Restoran dan Cafe anda sekarang?
0 Comments