6 Perkara WAJIB Tahu Untuk Buat Mobile App ala-ala GRAB, Foodpanda, Lalamove atau BungkusIT - RAXBIT

6 Perkara WAJIB Tahu Untuk Buat Mobile App ala-ala GRAB, Foodpanda, Lalamove atau BungkusIT

by | Aug 5, 2021 | Business | 0 comments

Kehadiran GRAB dan Foodpanda ke Malaysia membuka mata ramai pengguna malah pemilik bisnes bagaimana Mobile App mampu memudahkan urusan dan mencipta peluang.
 
App bisnes logistik seperti Lalamove dan BungkusIT pun dah makin mendapat perhatian mereka yang ingin mencari peluang baru.
 
Dengan isu Covid-19 Dan sewaktu musim PKP, lebih ramai pengguna sudah mula alami pengalaman membeli dan hantar terus ke rumah.
 
Tidak terkecuali juga buat mereka yang tercetus idea untuk tiruvasi idea GRAB dan Foodpanda untuk segmen servis yang lain.
 
Berikut adalah 6 perkara yang perlu anda fikirkan untuk memastikan idea Mobile App anda menjadi realiti dan berjaya.
 
1. Kos Membina
– Apa yang paling mahal untuk Mobile App begini adalah sistem yang menyokongnya. Sistem dibelakangnya adalah otak yang memudahkan tugasan app dilakukan dengan mudah.
 
– Kos pembinaan Mobile App begini, tinggi kos pembinaannya. Mereka dengan dana yang tinggi sahaja mampu membinannya. Kos pembinaannya adalah 5 angka ke atas. Lagi kompleks, lagi banyak angkanya dibelakangnya
 
2. Kos Maintainance
– Ini adalah kos yang selalu terlepas pandang. Mereka nak bina Mobile App yang power, bajet semua ke kos development. Akhirnya kos maintainance tertinggal.
 
– Kos maintenance boleh mencecah berkali ganda daripada kos development. Ini yang selalunya start-up tewas, tidak mampu bertahan dengan kos maintainence.
 
3. Kos Marketing
– Konsepnya sama seperti mana-mana produk, ia perlu kepada matketing plan untuk war-warkan kewujudan Mobile App tersebut untuk orang mencuba.
 
– Lagi baru kita dalam market, lagi tinggi kos marketing yang perlu dilaburkan. Ingin lebihkan capaian, tinggikan kos marketing melainkan ada cara yang lebih efektif ditemui.
 
4. SOP Yang Lengkap
– Semua flow dari segi tempahan, cara pembayaran, cara penilaian, cara itu dan cara ini…ianya semua perlu ada prosedur yang perlu difikirkan. Ia bukan sekadar asal boleh guna Mobile App sahaja.
 
– SOP ini akan bantu kelancaran penggunaan app kita agar tidak mudah ada kesalahan yang memakan semula diri kita.
 
– Jika perasan, app GRAB dan Foodpanda banyak kali ada perubahan dalam flow antara pelanggan, rider & merchant. Ianya sentiasa ditambah baik, bukan kekal selama-lama sama seperti mula Mobile App itu dibina.
 
5. Demand vs Supply
– Mobile App jenis begini, ia perlu ada 2 pihak…demand dan supply. Ada demand sahaja, supply tiada memang masalah. Sama juga sebaliknya jika ada supply tanpa demand.
 
– Bayangkan kes GRAB, ramai driver tapi tiada pengguna. Driver mesti tak tertarik. Ramai pengguna, driver pulak sikit…pengguna tak suka nak tunggu lama.
 
– Foodpanda lebih kompleks kerana mereka kena pastikan demand & supply yang melibatkan 3 pihak => Pengguna, Rider & Peniaga.
 
– Perlu ada strategi demand dan supply yang seimbang. Baru kesemua pihak akan gembira dan kita terus kekal di pasaran.
 
6. Kena ‘Sailang’
– Pengguna dan pemberi servis deal ‘belakang’ tanpa melalui app. Ini mudah berlaku untuk tempahan ke 2 dan seterusnya. Profit sharing daripada servis tersebut kita tak dapat, ini merugikan.
 
– Ini mudah berlaku untuk kes servis yang professional dan skill seperti mengurut, doktor dan lain-lain. Pengguna lebih suka kekal dengan pemberi servis yang sama daripada cuba orang lain.
 
– Kekuatan SOP dan pemantauan yang ketat mampu mengurangkan kes begini.
=========================
Ada banyak lagi isu yang boleh disenaraikan lagi tetapi 6 perkara ini sudah cukup untuk anda fikir sebaiknya dan rancang setelitinya agar idea GRAB dan Foodpanda kita berjaya!
 
Isu ini juga selari dengan Mobile App Logistik seperti Lalamove, BungkusIt dan lain-lain. Kesemua 6 point di atas terpakai untuk app begini juga.
.
.
Setelah membaca 6 point di atas, adakah Tuan/Cikpuan bersedia untuk laksanakan idea Mobile App begini?

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Evaluate Your Mobile App Cost Here:

Testimonials

"Yayasan Ihtimam Malaysia sangat berpuas hati dengan mobile apps yang memuatkan Ebook Hijrah Diri Homoseksualiti kerana sangat user friendly dan memudahkan target grup kami agar dapat dibantu dan dibimbing dalam menjalani kehidupan yg selari dgn syariat. Tanpa bantuan daripada team RAXBIT, mustahil mobile apps ini dapat diwujudkan. Terima kasih RAXBIT"

Dr Mohd Izwan Md Yusof

Hijrah Diri

"Azbi Centre telah melangkah ke satu tahap inovasi pemasaran dunia digital. Dengan adanya mobile app, ini kami sangat percaya penjenamaan & pemasaran akan memberi impak yang luarbiasa kerana kami satu-satunya Pusat Pakar Aircond Kereta yang ada mobile app sendiri sekaligus mencipta USP kami tersendiri. Terima kasih kepada team RAXBIT dengan hasil yang terbaik dengan harga yang berpatutan"

Tuan Lokman Halim

Azbi Centre

"RAXBIT memberikan proposal yang sangat baik dan menepati spesifikasi yang kami nak. Terima kasih bantu zahirkan idea kami dan binakan mobile app yang cantik dan dipuji ramai."

Chef Ayaya

PIZZASCARF

Pin It on Pinterest

Like the post?

Share it with your friends!

WhatsApp WhatsApp Us